Weblog

Sunday, 29 November 2009

  • it's unnecessary, really.

    Friday = 1st Day of Raya haji;
    Ketupat with its friends during the day and nasi beriani at night.

    Saturday = 2nd Day of Raya haji;
    Roti canai for breakfast, bakso for lunch and ikan bakar with seafood at night.

    Sunday = 3rd Day of Raya haji;
    Nasi lemak for breakfast, mee curry for lunch and plain porridge at night.

    We had a plain porridge because we didn't feel like eating anymore. And I feel I had enough of eating for the week.

    It's working day tomorrow and I don't feel so happy but I am excited! I have a work ready to go through for tomorrow and sebab tu lah I'm happy.

    The slide for presentation is ready for my supervisors to check. And mak pun dah check kan. It's called a preliminary check. Haha. And the logbook is ready for them to give marks. These two weeks will be quite busy for me since I have set the appointment to go thru those things after office hours. And mom's bday celebration an 1st Dec night, one good evening to send the books rent kat central market, and a good fine evening to go to the supplier of eumora. I have 20 customers waiting for theirs.

    And I didn't have my oreo cheesecake pembakar semangat this weekend. :'(

    And next week, two cakes need to be delivered. Luckily orang-orang tu mintak on friday. So dapat lah buat hari khamis, after presentation tu. The people is teasing me, cakap mesti cuak nanti on the day the lecturer's come.

    You bet! It's like a final exam for me.

    Eh okaylah. Got to go now. Tomorrow's monday.... Yawnnnn... Hmmmm...

Thursday, 26 November 2009

  • Esok cuti

    Seriously, saya happy sangat hari ni. Walaupun new moon biasa-biasa saja and edward cullen tak handsome mana pun, tapi saya gembira. Walaupun office tak ramai orang sangat pun, tapi saya gembira. Bukan susah nak buat saya gembira kan.. Haha

    Ir Mustafa dah set presentation saya on thursday, 10th dec before lunch hour. Dia sangat baik. Flexible dan saya suka. Saya harap dia pun suka saya dan bagi markah banyak. Haha

    Tadi bila berbual dengan orang, diorang tanya pasal nazmi and nak tengok gambar. And diorang cakap muka kami sama. Then diorang nak tengok gambar baru nazmi pulak.. Aiyo..

    Saya dah jatuh sayang pada department tu. And rasa tak sabar untuk bekerja pada hujung tahun hadapan dan bersama-sama mereka mengorek tanah.Orang-orang pun sangat friendly termasuklah orang-orang di department lain jugak. Bila turun bawah, orang bawah pun friendly jugak. Wah. Lepas ni kena kerja kat floor lain pulak. Biar satu building kenal saya. Haha

    Eh. Gembira betul rasa hati ni. Rasa nak melompat-lompat. Haha

    Okaylah. Nak tdo. Esok subuh nak bertolak balik muar. Selamat hari raya haji :D

    Nite!

Tuesday, 24 November 2009

  • *dush dush

    Saya rasa saya perlu lempang diri sendiri kerana saya telah lupa statement yang dibuat oleh saya sendiri dan didengari oleh ami, pada suatu hari (ye ke ayat ni?)

    *dush dush

    Saya sedar bahawa saya telah cakap tak serupa bikin. Saya telah melanggar janji saya. Saya telah melakukan satu perbuatan yang agak tidak bermoral.

    Tapi dalam perasaan itu, saya tetap tidak rasa bersalah. Mungkin sedikit. Hehe.

    Saya kira, lecturer mungkin akan datang minggu sebelum awal muharram.
    Dan saya harap saya tidak terlupa untuk menyediakan tempahan cheese cake dan brownies minggu sebelum awal muharram itu.
    Minggu awal muharram saya ke singapore ye kawan-kawan.
    Dan saya harap slide presentation saya yang seperti website itu tidak terlalu over. Dan final report saya siap dengan jayanya sebelum habis internship.

    Saya harap juga yang supervisor-supervisor saya akan cepat menyemak dan memberi markah untuk logbook saya itu.
    Tadi supervisor saya melawat saya di geotech. Saya sungguh terharu melihat dia sanggup mendaki 2 floor dari tingkat 22 ke tingkat 24 untuk menemui saya. Nasib baik saya tidak menangis kerana terlalu terharu.

    Oh. Tadi saya siapkan tender document untuk banglo ahmad zahdi beserta dengan S.I layout sekali. Saya harap banglo beliau tak runtuh kelak.

    Saya rasa seperti separuh badan hilang lately. Bila saya tilik timbang semua, saya baru sedar yang saya sudah lama meninggalkan alam perniagaan online. Patutlah saya rasa kurang. Jadi hari ni saya start balik.

    Then sekarang saya rasa penat sangat. Tu lah ayat saya macam orang gila.

    Lepas tu saya nak mintak maaf kepada sesiapa yang mebaca blog saya. Saya tahu perkataan saya banyak mengganggu gugat sekalian alam. Tapi saya memang suka begini. Kerana di sini saja tempat untuk saya meluahkan perasaan.

    Saya tak expect untuk anda semua membaca. Tapi saya kira, kalau anda sudah membaca, bacalah sepintas lalu. Jangan ditelek perkataan untuk mencari maksud tersirat. Semua perkataan yang ditulis adalah tersurat. Jika begitu bunyinya, begitu je lah. Tapi tak kisahlah. Saya mintak maaf sekali lagi.

    Saya sebenarnya tak nak balik ke utp. Kenapalah saya perlu kembali ke sana? Dah lah tak best. Memeningkan pulak tu. Tapi nak tak nak, saya kena balik. Tapi saya berjanji untuk membuatkan tahun akhir saya sebagai pelajar utp lebih bermakna dengan membuat perkara gila-gila bersama kawan-kawan tercinta.

    Bukanlah maksudnya saya tak nak belajar. Saya nak belajar. Tapi di samping belajar bersungguh-sungguh, saya mahu ke pasar malam dan tengok movie jugak. Tak ketinggalan menonton tv okia kami. Mesti seronok. Kenapa saya kata begitu? Sebab ia jadi tak seronok bila kita kata tak seronok. Cuba cakap utp best, ada makanan best, cuaca sejuk, semualah best. Anda mesti teruja untuk balik ke sana lagi. Percayalah.

    Dan yang paling anda rindu, mestilah bergosip dengan kawan-kawan tanpa perlu membayar bil talipon dan sebagainya.

    Tapi setakat saya hidup 21 tahun ni, zaman internship lah zaman yang paling menggembirakan. Dan paling menggilakan di mana saya berjumpa dengan ramai orang pelik tapi best.

    Eh cakap pasal intern abes ni macam esok nak abes je. hehe

    Okay lah. Nak tidur. Dah penat melayan kombiuter ini. (bagi yang mengambil arab, anda tentu tak lupa dengan kombiuter kan?)

    Dah. Bye

Thursday, 19 November 2009

  • Esok jumaat

    Saya perlu senyum atau rasa pelik, saya pun tak tau. Tapi yang penting saya rasa gembira.

    Saya dapat mc dua hari. Pasal tu kot saya gembira. Then saya pergi enjoy di pavilion. Dan saya tak sangka yang saya betul-betul enjoy.

    Ada benda misteri jadi kat rumah. Malas lah nak cerita kat sini. Nanti nazmi takut :p

    Kasut favorite saya yang saya pakai pada hari pertama intern dan pada hari-hari saya rasa perlu berjalan dengan laju dan itulah heels pertama saya dah rosak. Saya rasa saya ganas sangat sampai Aldo pun boleh rosak. Dush dush. Dan sekarang saya perlu cari pengganti kasut itu yang hampir serupa. Tapi mak cakap saya tak perlu cari kasut macam tu sekarang sebab saya banyak kasut lain and internship pun tinggal dalam enam minggu lagi.

    Dan saya setuju. Baik saya cari bag baru, di samping mencari kasut itu. Maksudnya kasut jadi nombor dua since kat utp pun pakai selipar je. Haha

    Saya rasa gembira sangat ni. Excited tapi tak tau kenapa. (walaupun saya rasa saya tau kenapa). Ami, sila ingatkan sikit kawan ko yang gila ini. haha

    Esok mc. Saya sakit kronik. Bye.

Sunday, 15 November 2009

  • Magic Soap

    Saya dah menonton 2012. Sangat takut dan mengerikan. Sesuatu yang kita tak boleh nafikan, tak boleh tolak sebab dia bercerita berdasarkan fakta. Mungkin tafsiran dia berbeza sebab kita takkan tahu apa sebenarnya yang jadi nanti. Tapi Dia dah bagi gambaran yang kita pun dah tahu. Cerita tu untuk peringatan. Remember, we were warned.

    Okay sekarang nak cerita pasal magic soap. Haha.

    Pernah dengar Eumora? Sabun dari australia yang guna rumpai laut. Dia boleh baikkan segala penyakit kulit kat badan kita, termasuklah acne, kulit kedut, eczema, kulit kering, kulit tak sekata, daki-daki degil, big pores, eyebag, blackheads, white heads, parut. Segalanya lah. Sebut je.

    Satu sabun dalam size 6 cm x 3 cm selalu orang beli dengan harga rm60 ~ rm70. Gila kan? Officemate cakap, masa awal-awal sabun tu keluar, dia beli harga rm98 untuk sekecil tu. Tapi betul-betul berkesan.

    Orang-orang mula tanya saya pakai apa sebab muka nampak bersih (tapi still ada lagi la sikit-sikit sebab baru guna 2 minggu). Muka dah tak berminyak. Kalau keluar panas terik tu, tak payah la nak berebut-rebut gi powder room untuk bersihkan minyak sebab tak berminyak. Then kalau acne tu, cepat je kecut. Tak lah sampai tunggu dia jadi besar gajah dulu baru hilang. Tu pun sebab main tekan-tekan.

    Then saya ada satu kelemahan yang bukan semua orang dapat nampak (yang bertuah je dapat nampak). Tu pun dah kurang sangat dah. Alhamdulillah.

    Orang-orang kat office pun ramai dah pakai. Tapi diorang tak lah segila saya yang pakai macam nak rak. So result diorang tak ketara sangat. Orang-orang department lama yang tak tahu saya pakai tu, cakap saya pindah department lain, terus cun melecun pulak. hahahahaha ye la tu!

    So sekarang ni saya ada beli satu kotak yang mengandungi empat ketul sabun size 6 cm x 3 cm. Saya mungkin nak guna 2 ketul je. So siapa-siapa nak beli lagi dua ketul, beritahu lah saya. Saya jual rm50 seketul. Murah tu dari pasaran..

    Kalau nak tahu lebih lanjut, sila lah google Eumora Soap. Gambar testimoni malas nak ambik. Tengok je lah kat facebook. Haha

    Bye!

syarafinahaida

  • Visit syarafinahaida's Xanga Site
    • Name: syarafina haida
    • Birthday: 9/22/1988
    • Gender: Female
    • Member Since: 11/23/2006

Weblog Archives

Don't worry - your calendar is here… to see it in action just click "Save" above and refresh the page.