Thursday, 26 November 2009

  • Esok cuti

    Seriously, saya happy sangat hari ni. Walaupun new moon biasa-biasa saja and edward cullen tak handsome mana pun, tapi saya gembira. Walaupun office tak ramai orang sangat pun, tapi saya gembira. Bukan susah nak buat saya gembira kan.. Haha

    Ir Mustafa dah set presentation saya on thursday, 10th dec before lunch hour. Dia sangat baik. Flexible dan saya suka. Saya harap dia pun suka saya dan bagi markah banyak. Haha

    Tadi bila berbual dengan orang, diorang tanya pasal nazmi and nak tengok gambar. And diorang cakap muka kami sama. Then diorang nak tengok gambar baru nazmi pulak.. Aiyo..

    Saya dah jatuh sayang pada department tu. And rasa tak sabar untuk bekerja pada hujung tahun hadapan dan bersama-sama mereka mengorek tanah.Orang-orang pun sangat friendly termasuklah orang-orang di department lain jugak. Bila turun bawah, orang bawah pun friendly jugak. Wah. Lepas ni kena kerja kat floor lain pulak. Biar satu building kenal saya. Haha

    Eh. Gembira betul rasa hati ni. Rasa nak melompat-lompat. Haha

    Okaylah. Nak tdo. Esok subuh nak bertolak balik muar. Selamat hari raya haji :D

    Nite!

Tuesday, 24 November 2009

  • *dush dush

    Saya rasa saya perlu lempang diri sendiri kerana saya telah lupa statement yang dibuat oleh saya sendiri dan didengari oleh ami, pada suatu hari (ye ke ayat ni?)

    *dush dush

    Saya sedar bahawa saya telah cakap tak serupa bikin. Saya telah melanggar janji saya. Saya telah melakukan satu perbuatan yang agak tidak bermoral.

    Tapi dalam perasaan itu, saya tetap tidak rasa bersalah. Mungkin sedikit. Hehe.

    Saya kira, lecturer mungkin akan datang minggu sebelum awal muharram.
    Dan saya harap saya tidak terlupa untuk menyediakan tempahan cheese cake dan brownies minggu sebelum awal muharram itu.
    Minggu awal muharram saya ke singapore ye kawan-kawan.
    Dan saya harap slide presentation saya yang seperti website itu tidak terlalu over. Dan final report saya siap dengan jayanya sebelum habis internship.

    Saya harap juga yang supervisor-supervisor saya akan cepat menyemak dan memberi markah untuk logbook saya itu.
    Tadi supervisor saya melawat saya di geotech. Saya sungguh terharu melihat dia sanggup mendaki 2 floor dari tingkat 22 ke tingkat 24 untuk menemui saya. Nasib baik saya tidak menangis kerana terlalu terharu.

    Oh. Tadi saya siapkan tender document untuk banglo ahmad zahdi beserta dengan S.I layout sekali. Saya harap banglo beliau tak runtuh kelak.

    Saya rasa seperti separuh badan hilang lately. Bila saya tilik timbang semua, saya baru sedar yang saya sudah lama meninggalkan alam perniagaan online. Patutlah saya rasa kurang. Jadi hari ni saya start balik.

    Then sekarang saya rasa penat sangat. Tu lah ayat saya macam orang gila.

    Lepas tu saya nak mintak maaf kepada sesiapa yang mebaca blog saya. Saya tahu perkataan saya banyak mengganggu gugat sekalian alam. Tapi saya memang suka begini. Kerana di sini saja tempat untuk saya meluahkan perasaan.

    Saya tak expect untuk anda semua membaca. Tapi saya kira, kalau anda sudah membaca, bacalah sepintas lalu. Jangan ditelek perkataan untuk mencari maksud tersirat. Semua perkataan yang ditulis adalah tersurat. Jika begitu bunyinya, begitu je lah. Tapi tak kisahlah. Saya mintak maaf sekali lagi.

    Saya sebenarnya tak nak balik ke utp. Kenapalah saya perlu kembali ke sana? Dah lah tak best. Memeningkan pulak tu. Tapi nak tak nak, saya kena balik. Tapi saya berjanji untuk membuatkan tahun akhir saya sebagai pelajar utp lebih bermakna dengan membuat perkara gila-gila bersama kawan-kawan tercinta.

    Bukanlah maksudnya saya tak nak belajar. Saya nak belajar. Tapi di samping belajar bersungguh-sungguh, saya mahu ke pasar malam dan tengok movie jugak. Tak ketinggalan menonton tv okia kami. Mesti seronok. Kenapa saya kata begitu? Sebab ia jadi tak seronok bila kita kata tak seronok. Cuba cakap utp best, ada makanan best, cuaca sejuk, semualah best. Anda mesti teruja untuk balik ke sana lagi. Percayalah.

    Dan yang paling anda rindu, mestilah bergosip dengan kawan-kawan tanpa perlu membayar bil talipon dan sebagainya.

    Tapi setakat saya hidup 21 tahun ni, zaman internship lah zaman yang paling menggembirakan. Dan paling menggilakan di mana saya berjumpa dengan ramai orang pelik tapi best.

    Eh cakap pasal intern abes ni macam esok nak abes je. hehe

    Okay lah. Nak tidur. Dah penat melayan kombiuter ini. (bagi yang mengambil arab, anda tentu tak lupa dengan kombiuter kan?)

    Dah. Bye